Site icon Sabah Baru News

PBS dan STAR kekal komited bersama GRS : Joniston

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkataKetua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS sentiasa mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti komponen GRS.

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kekal setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menolak dakwaan bertanding sendiri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Perkara itu dijelaskan Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, di sebuah kenyataan yang disiarkan pada Jumaat.

Katanya, kedua-dua parti itu tetap bekerjasama sebagai parti-parti komponen dalam GRS untuk menghadapi PRN17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Joniston yang juga merupakan Ketua Penerangan GRS menyifatkakan fitnah yang dilontar terhadap PBS dan STAR melalui sebuah video mendakwa kononnya PBS dan STAR merancang untuk bertanding secara solo adalah usaha terdesak oleh pihak tertentu dengan niat untuk memecahbelahkan kesatuan dalam GRS berikutan peningkatan sokongan terhadap gabungan parti-parti tempatan untuk terus menerajui kerajaan.

“PBS dan STAR kekal komited terhadap gabungan tempatan GRS, bekerja bersama sebagai satu pasukan bagi menghadapi pertarungan pilihan raya yang akan datang,” katanya .

“Secara terbuka, pihak tertentu sejak akhir-akhir ini kian melampaui batas untuk menyebarkan perkara tidak benar, dakwaan tidak berasas, dan dakwaan terhadap GRS serta kerajaan pimpinan GRS – Pakatan Harapan (PH) Plus,” katanya.

GRS adalah gabungan parti-parti tempatan yang bermisi sebagai parti mandiri dan sebagai platform rakyat Sabah mengurus, mangatur negeri untuk masa depan generasi akan datang.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS sentiasa berhubung dan mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin parti komponen GRS .

Jelasnya, sudah menjadi perkara biasa apabila parti menyuarakan minat mereka untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi yang pada akhirnya adalah perkara yang perlu dibincang dan diputuskan apabila tiba masanya.

“Perlu juga diambil perhatian bahawa memastikan kemenangan besar GRS adalah objektif utama memorandum persefahaman yang dimeterai PBS dan STAR sebelum ini.

“Tumpuan kita adalah untuk penyampaian tadbir urus yang baik dan pembangunan untuk rakyat Sabah. Kita tidak akan terganggu dengan dakwaan seperti ini,” katanya.

Sehubungan itu, Joniston menggesa penyokong GRS dan orang ramai agar tidak mengendahkan maklumat yang salah, sebaliknya terus menyokong GRS yang berusaha menegakkan kepentingan dan aspirasi rakyat Sabah. 

— TAMAT

Exit mobile version