Site icon Sabah Baru News

Kedaulatan Sabah di Malaysia akan dipertahankan

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menandatangani buku lawatan ketika mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) di Wisma Innoprise yang diterajui oleh Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam (kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong penuh pendirian tegas Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menolak sebarang tuntutan ke atas Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.


“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan pendirian Malaysia yang sama dengan pendirian kami selama ini,” katanya.


Hajiji berkata rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh itu, sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf sama sekali oleh rakyat.


Beliau mengulangi bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.


Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri juga menyokong penuh tindakan dan kenyataan Wisma Putra bahawa isi kandungan video tular di media sosial yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah, tidak berasas dan mengelirukan.


“Kami yakin Kementerian Luar akan dapat menyiasat perkara itu secara menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan,” katanya.


— Tamat

Exit mobile version