Site icon Sabah Baru News

ADUN Karamunting janji bantu ibu menghidapi penyakit buah pinggang

SANTUNI: George (kanan) ketika melawat keluarga yang memerlukan bantuan perubatan.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew memberikan jaminan akan memberikan bantuan kepada seorang ibu yang menghidapi penyakit buah pinggang.

George berkata, beliau berjanji akan membantu mengikut kemampuan beliau sebagai ADUN di kawasan berkenaan.

“Ibu yang kurang bernasib ini turut mempunyai seorang anak yang mempunyai masalah jantung sejak kecil.

“Saya berjanji akan memberikan bantuan serta tajaan mengikut kemampuan saya kerana ibu dan anaknya ini memerlukan bantuan mendesak,” katanya.

Setelah mengetahui masalah berkenaan sebelum ini, George bersama-sama dengan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah Karamunting, Chong Fui Siam dan Ketua Masyarakat Cina, Kapitan John Voon mengadakan lawatan kepada ibu dan anak berkenaan.

Beliau difahamkan, ibu berkenaan berhadapan dengan kesukaran untuk menyara kehidupan keluarganya, apabila disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada April lalu.

“Ibu ini perlu kerap hadir ke hospital di sini untuk membuat rawatan dialisis. Selepas beberapa bulan, ibu ini terpaksa pergi ke pusat dialisis swasta pada Ogos ini tetapi memerlukan kos tinggi.

“Beliau sentiasa tidak gembira kerana tidak lagi mampu menampung kos rawatan itu,” katanya.

Selain itu katanya, anak kepada ibu berkenaan terpaksa hadir ke hospital di Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan jantung.

— Yap Siong Han

Exit mobile version