Site icon Sabah Baru News

Hajiji saksi tiga pembayaran dividen

HAJIJI (ketiga, kanan) menyaksikan Jasnih (kedua, kiri) menyampaikan pembayaran dividen ICSB kepada Safar (kedua, kanan).

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan tiga pembayaran dividen bagi tahun berakhir 2023 di Menara Kinabalu, Rabu.

Pembayaran pertama adalah daripada Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) yang membayar dividen RM3.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Bagi pembayaran kepada Kerajaan Negeri, Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, yang mewakili Kerajaan Negeri.

Jasnih turut menyerahkan cek dividen RM147 juta daripada ICSB kepada Pengarah Yayasan Sabah Dato’ Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar.

Majlis penyampaian dividen kedua adalah daripada Angkatan Hebat Sdn Bhd kepada Qhazanah Sabah Berhad (QSB), berjumlah RM4.681 juta.

Pengerusi Angkatan Hebat Datuk Rahim Ismail menyerahkan replika cek kepada Pengerusi QSB Datuk Dr Yusuf Yacob, disaksikan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB) berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.

Pengerusi SSB Datuk Rusdin Riman menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

— TAMAT

Exit mobile version