Site icon Sabah Baru News

“Selamatkan Sabah”, slogan terbaru Warisan selepas kegagalan “Sabah kita punya” dan “Unity”

pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur hampir musnah hanya dalam tempoh 26 bulan di bawah Kerajaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

AGAK-AGAKNYA Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dan parti beliau, Parti Warisan mahu selamatkan Sabah daripada siapa?

Sabah bukan Ukraine yang sedang berperang dengan Russia, atau Timur Tengah (Middle East), kerana Sabah dan rakyatnya aman-aman sahaja.

DSSA bercakap berkaitan pengangguran yang mencecah 200,000 orang, kononnya jika Warisan menjadi kerajaan boleh mengwujudkan 200,000 peluang pekerjaan.

Berpandukan rekod selama 22 bulan menjadi kerajaan, ekonomi Sabah hampir lumpuh, manakan tidaknya pertumbuhan ekonomi tahunan yang diwarisi di atas 8 peratus, tahun pertama Shafie Ketua Menteri, pertumbuhan menjunam ke paras 1.5%, kemudian 0.5%, dan mewariskan pada kerajaan GRS dengan pertumbuhan negatif 9.2% untuk tahun 2020.

Bolehkah pemimpin dan parti yang sama (Warisan) hampir memusnahkan ekonomi negeri boleh bertindak sebagai penyelamat?

Kalaupun DSSA dan parti beliau hendak sangat berpolitik dan mahu sokongan rakyat, kena lah mengukur baju di badan sendiri, jangan berpandu pada nafsu, yang tidak mungkin dapat dipikul.

Lupakah DSSA semasa PRN-16 Sabah, beliau adalah Ketua Menteri pada sebuah kerajaan yang meminta mandat rakyat untuk meneruskan kerajaan?

Oleh kerana rakyat mahu selamat, maka bertindak menolak DSSA dan parti beliau. Adalah tidak logik bagi rakyat yang menolak pemimpin dan parti yang menjahanamkan perekonomian negeri kemudian diberi sokongan, konon boleh menjadi penyelamat.

Berkaitan pengangguran yang didepani rakyat negeri ini, kerajaan Sabah hari ini bertindak berbagai strategi menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya. Menerusi halatuju itu berbagai pelan pembangunan yang boleh menyerap pencari kerja, secara berperingkat.

Pelan tersebut antara lain kemasukan pelabur, memajukan syarikat berkaitan kerajaan seperti SMJ Energy (SMJE), syarikat-syarikat berdaya maju lainnya. Apabila syarikat-syarikat tersebut dapat meningkatkan kemampuan dan permintaan akan perkhidmatan maka dengan sendirinya memerlukan tenaga kerja baru.

Rancangan kerajaan menerusi halatuju SMJ, ada lah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pelaburan yang masuk, dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang dapat menyerap sebanyak mungkin tenaga kerja.

Contoh yang diberikan DSSA seperti kilang memproses dan membungkus minyak kepala sawit, bukanlah contoh yang boleh menyerap ramai tenaga kerja, kerana kilang sedemikian lebih bersifat automasi yang menggunakan tenaga mesin, seperti juga kilang memperoses minuman kotak keluaran syarikat-syarikat tempatan.

Menangani isu pengangguran, ada lah menerusi pembangunan hartanah, seperti projek-projek “service apartment” atau projek-projek berorentasi eksport seperti kilang memproses silika, keranjang tembaga, atau projek-projek berkaitan pertanian, perladangan, perikanan, pelanciongan, atas sebab industri berkaitan dengan sektor-sektor ini bersifat “labour intensive”.

Jika maksud DSSA selamatkan Sabah kerana isu-isu pengangguran, maka tidak perlu bimbang, kerajaan negeri hari ini mempunyai ramuannya, iaitu menerusi Pelan Pembangunan negeri, Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menerusi pelan pembangunan itu, kerajaan negeri sedang meneroka ekonomi biru, iaitu berkaitan lautan yang mempunyai potensi besar menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

Rakyat Sabah akan terus selamat, dengan menyokong kerajaan hari ini, dan jangan sesekali terpengaruh janji bulan bintang daripada pemimpin dan parti yang mempunyai rekod buruk.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version