Site icon Sabah Baru News

Sabah capai sasaran tiada miskin tegar: Hajiji

PROJEK: Hajiji diberi penerangan mengenai projek perintis penanaman padi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Victor Ationg (kiri).

KOTA MARUDU: Sabah berjaya mencapai sasaran untuk menghapuskan miskin tegar pada Julai lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika mengumumkan perkara itu berkata, pencapaian berkenaan adalah hasil komitmen daripada semua pihak.

“Komitmen daripada semua pihak yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025), saya ingin mengumumkan kita berjaya menghapuskan golongan miskin tegar dalam senarai (locked figure) pada 31 Julai 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran projek perintis penanaman padi di Kampung Ongkilan di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama dengan Syarikat Berkaitan Kerjaaan (GLC) seperti Kumpulan Sawit Kinabalu membantu usaha kerajaan negeri untuk menghapuskan miskin tegar di negeri ini.

“Saya berharap GLC akan terus menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia kita.

“Ini pastinya akan membantu kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Pejabat Pembangunan Sabah dalam usaha untuk menghapuskan miskin tegar,” katanya.

— TAMAT

Exit mobile version