Site icon Sabah Baru News

Nizam terima kunjungan hormat Gagasan Rakyat Luyang

Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Luyang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan pada Khamis di ibu pejabat Gagasan Rakyat yang berpusat di Alam Mesra, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat Gagasan Rakyat (PGRS) DUN N21 Luyang pada Khamis di Bilik Mesyuarat, ibu pejabat Gagasan Rakyat yang berpusat di Alam Mesra, Kota Kinabalu.

Rombongan itu diketuai oleh Ketua Bahagian (KB) PGRS Luyang, Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria.

Menerusi catatan dalam Facebook Penerangan PGRS Luyang hari ini, kunjungan berkenaan bertujuan memupuk silaturahim antara bahagian Luyang dengan Nizam yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada ketua Menteri selain membincangkan isu-isu semasa.

Nizam berkata hubungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan (PH) amat baik dan beliau yakin akan terus kekal dan kukuh sehingga Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Hasrat kita adalah mahu satu bentuk kestabilan politik di Sabah seperti yang ada pada hari ini. Tanpa kestabilan politik serta kepimpinan kerajaan yang kuat sukar untuk sesebuah kerajaan merancang serta melaksanakan program kemajuan negeri.

“Kita mahu rakyat Sabah keseluruhannya memberi sokongan padu kepada Kerajaan GRS-PH Plus pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berterusan sehingga Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum,’ katanya.

Turut hadir di pertemuan ini ,Timbalan KB Tuan Mohd Ron Sanin, Naib KB Tuan Sairin Bin Saidin , Ketua Wanita Bahagian Puan Siti Ruani, Bendahari Bahagian Datuk Rashid Liaw, Ketua Penerangan bahagian Puan Julia Datuk Ahmad Bahrom Titingan dan AJK PGRS Luyang.

Pimpinan bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Luyang yang diketuai oleh Datuk Ruhsimah Haji Zakaria merakamkan kenangan bersama Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda pada Khamis di perkarangan ibu pejabat Gagasan Rakyat.

TAMAT

Exit mobile version