Site icon Sabah Baru News

Pemuda, Beliawanis Gagasan Rakyat Likas buat dua usul

Ketua Pemudan Gagasan Rakyat Likas Syahmee Mohd Ron

KOTA KINABALU:Pemuda Gagasan Rakyat Likas mengusulkan supaya agensi-agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dapat dibuka ruang mengikut nisbah yang sama rata ataupun nisbah yang saksama berasaskan dasar pembentukan Malaysia dan semangat MA63.

Ketua Pemudanya, Syahmee Mohd Ron berkata sebagai jika suatu agensi kerajaan ataupun GLC mempunyai 9 atau 10 ahli lembaga pengarah, jika mengikut nisbah representasi yang sama rata (equal), maka komposisinya ada 3:3:3 untuk (Semenanjung: Sabah: Sarawak). Manakala jika mengikut nisbah yang saksama (fair), maka komposisinya adalah 4:3:3.

Beliau berkata Pemuda Gagasan Rakyat Likas menegaskan bahawa sekiranya ruang dan peluang dalam jawatan-jawatan tersebut diberikan, representasi bagi pihak negeri Sabah mestilah dari kalangan rakyat Sabah yang berkebolehan dan mampu membuat keputusan serta pandangan seiring dengan hak-hak dan kepentingan negeri Sabah dalam agensi ataupun GLC tertentu

Sementara itu, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Likas, Noor Azee Ashikeen Asngari turut mengusulkan mengadakan mesyuarat melalui kaedah hibrid.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Likas, Noor Azee Ashikeen Asngari

Beliawanis Gagasan Rakyat Likas telah mengusulkan supaya mesyuarat hibrid membolehkan organisasi menggabungkan kelebihan mesyuarat bersemuka dan mesyuarat dalam talian dan memberi ruang untuk lebih ramai orang untuk terlibat walaupun berada dilokasi yang berbeza katanya.

“Perwakilan yang hadir menerusi kaedah hibrid tidak perlu mengeluarkan kos perjalanan atau kos menginap untuk hadir ke mesyuarat. Ini akan memudahkan kepada perwakilan yang tinggal jauh atau berada di luar kawasan,” jelas Azee lagi.

Kedua-dua usul ini telah dibentang semasa Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat bahagian Likas pada baru-baru lalu.

Mesyuarat turut dihadiri jemputan khas, Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt yang juga Adun Likas, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abdul Karim serta ahli jawatan kuasanya dan ahli-ahli Gagasan Rakyat Likas.

TAMAT

Exit mobile version