Site icon Sabah Baru News

Sentiasa berdisiplin dan berusaha: Jonathan

PENGHARGAAN: Jonathan (dua kanan) menerima cenderahati ketika di majlis itu.

RANAU: Atlet sukan diminta sentiasa berdisiplin dan tidak mudah berputus asa.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, disiplin merupakan aspek utama yang amat penting dimiliki setiap individu khususnya dalam sesebuah pasukan yang berentap pada sesuatu kejohanan.

“Selain disiplin diri yang baik, latihan mantap  juga  perlu dikuasai setiap atlet bagi meraih kejayaan,” katanya ketika merasmikan Kelab Bola Sepak Ex-Pai Wen dipadang SJK(C) Pai Wen Ranau baru-baru ini.

Turut diadakan ialah, perlawanan bola sepak Sembilan Sebelah melibatkan lima pasukan yang berentap iaitu, Miruru FC, Ex Pai Wen FC, Bongkud FC, Sepadu FC dan Pinausuk FC.

Dalam pertandingan itu, pihak penganjur tidak meletakkan johan, naib johan atau ketiga. Ia merupakan perlawanan persahabatan.

Namun, semua pemain terbaik telah dipilih dan masing-masing menerima hadian berupa bola sepak sumbangan pihak Jawatankuasa penganjur.

Turut hadir pada program itu ialah, Pengerusi PIBG, SJK(C)Pai Wen, Roland Goh.

Yap Siong Han

Exit mobile version