Site icon Sabah Baru News

Penyertaan ke Gagasan Rakyat bukti keyakinan kepada kerajaan GRS- Maijol

SELAMAT DATANG: Maijol menerima borang keahlian daripada Al Malek, bekas ahli UMNO Kota Marudu di sebuah majlis hari ini. Turut hadir AJK Bahagian dan Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Bandau.

BANDAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) semakin mendapat sokongan rakyat menerusi penyertaan dan peningkatan bilangan ahli yang masuk menyertai parti ini.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau Datuk Maijol Mahap berkata penyertaan dan peningkatan tersebut adalah bukti keyakinan rakyat kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Maijol berkata demikian apabila mengulas penyertaan Tuan Al Malek Utoh ke Gagasan Rakyat hari ini.

Al Malek merupakan bekas ahli UMNO dan mantan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian UMNO Kota Marudu.

Kemasukan beliau Bersama rakan-rakan ke Gagasan Rakyat DUN Bandau disambut baik oleh Maijol yang juga Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Pusat di sebuah majlis di Kota Marudu.

“Kami menyambut baik penyertaan Tuan Al Malek Utoh dan rakan-rakan beliau ke dalam Gagasan Rakyat.

“ Kami percaya bahawa dengan penyertaan mereka, kita akan lebih kuat dalam memperjuangkan agenda rakyat dan memacu negeri Sabah ke arah kejayaan yang lebih gemilang,” ujar Maijol.

Di majlis tersebut, Maijol turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Malek dan semua ahli-ahli Gagasan Rakyat yang baharu kerana dapat menerima dan menghargai serta menghayati konsep dan falsafah perjuangan parti itu.

“Gagasan Rakyat akan terus berusaha untuk memastikan pembangunan yang berterusan dan kemakmuran untuk rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat,” katanya .

TAMAT

Exit mobile version