Site icon Sabah Baru News

Memperkasa institusi pejabat daerah di Sabah

Pejabat Daerah seharusnya mempunyai satu unit khusus dalam membantu dan memperkasa para usahawan terutama para belia. Pejabat daerah mesti memainkan peranan ini dan menjadi lebih inklusif dan bukan hanya menjadi tempat untuk mendaftarkan perniagaan semata mata.

Pejabat daerah merupakan sebuah institusi yang menjadi jambatan penghubung di antara Kerajaan dan rakyat. Di daerah daerah terutamanya kawasan pedalaman, pejabat daerah menjadi tempat untuk rakyat berurusan dan mendapatkan info tentang berbagai bagai persoalan dan tempat untuk mereka memohon bantuan.

Di Negara Brunei Darussalam, insitusi pejabat daerah ini bertaraf sebuah Jabatan. Jabatan daerah Muara, Jabatan Daerah Temburong dan lain sebagainya. Di Semenanjung Malaysia , Pegawai pegawai daerah setaraf dengan gred pengarah dan tidak sedikit “Tuan Tuan DO” di semenajung yang bergelar “ Datuk” .

Istimewanya di Negeri Sabah, sebuah syarikat perniagaan boleh didaftarkan di Pejabat Daerah. Ini tidak berlaku di negeri negeri lain. Dengan erti kata lain, pejabat daerah di Negeri Sabah mempunyai data data tentang jumlah dan jenis perniagaan yang berdaftar di daerah tersebut.

Pejabat Daerah seharusnya mempunyai satu unit khusus dalam membantu dan memperkasa para usahawan terutama para belia. Pejabat daerah mesti memainkan peranan ini dan menjadi lebih inklusif dan bukan hanya menjadi tempat untuk mendaftarkan perniagaan semata mata.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika merasmikan Persidangan Pegawai Pegawai Daerah ke 27 yang diadakan di Tuaran baru baru ini.

Kita ambil contoh konsep UTC. UTC atau Urban Transformation Center merupakan satu idea di peringkat persekutuan yang menempatkan pelbagai agensi persekutuan dalam satu bumbung. Pejabat Daerah pada masa hadapan juga harus menjadi seperti begitu. Meletakkan jabatan negeri dan persekutuan di bawah satu bumbung. Urusan rakyat dan kerajaan akan menjadi lebih efisyen.

Sebagai contoh dalam memperkasa usahawan. Ramai anak anak muda kita terkebil kebil untuk memulakan perniagaan apatah lagi di daerah pedalaman. Akses anak muda di pedalaman sangat jauh ketinggalan berbanding anak anak muda di bandar.

Pejabat Daerah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kementerian pembangunan Perindustrian perlu meletak pegawai mereka di pejabat daerah bagi memantau, membantu dan memperkasa usahawan usahawan ini . Banyak inisiatif dan bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan yang tidak diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Di Pejabat Daerah perlu juga ada pejabat Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan bagi membantu usahawan usahawan ini mengurus taraf perniagaan anak negeri mereka tanpa perlu berurusan ke Kota Kinabalu.Mungkin unit ini boleh ditempatkan di Majlis Daerah.

Perlu juga ada pejabat Kementerian kewangan di Pejabat Daerah bagi membantu para usahawan ini untuk mendapatkan sijil PUKONSA, mempercepat urusan kewangan pejabat daerah dan juga memberikan informasi berkaitan tender dan sebutharga yang dibuka di seluruh Negeri Sabah dan sebagainya.

Kementerian dan Jabatan jabatan lain seperti Kementerian Belia dan sukan , Sekretariat Sabah Maju Jaya dan Institusi Kerjasama Kerajaan dan Rakyat IKRAR juga perlu ada di setiap pejabat daerah. Inilah caranya kita menyusur akar dan menyemai kasih bersama rakyat di akar umbi.

Pejabat Daerah adalah mata, telinga, mulut, kaki dan tangan kerajaan dan seharusnya menjadi JUARA RAKYAT ke arah menjayakan Halatuju Sabah maju Jaya iaitu Sabah first, Sabah forward, Sabah prosper dan Sabah united .

Dengan hasil negeri yang progresif di bawah Kerajaan GRS pimpinan YAB Datuk Seri Hajiji Noor , sudah tiba masanya Negeri Sabah membuat pelaburan signifikan dengan menaiktaraf bangunan pejabat daerah yang kebanyakaanya telah uzur dan seterusnya melakukan transformasi dan anjakan paradigma ke atas institusi pejabat daerah di Negeri Sabah.

*Hj Tsabbit Hj Mukti merupakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Technology Sdn Bhd. Penulisan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencermin pendirian parti.

Exit mobile version