Site icon Sabah Baru News

PM, Premier Sarawak hadir sambutan Hari Malaysia

Hajiji turut mengumumkan bahawa Kabinet Negeri memutuskan 17 September bersamaan Selasa tidak akan menjadi cuti umum bagi menggantikan 16 September.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menghadiri sambutan Hari Malaysia yang dihoskan Sabah 16 September ini di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sambutan yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Kementerian Komunikasi itu akan diadakan di Padang Merdeka bermula jam 7 malam.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Hajiji mengumumkan bahawa Kabinet Negeri memutuskan 17 September bersamaan Selasa tidak akan menjadi cuti umum bagi menggantikan 16 September.

“Hari Malaysia tahun ini disambut bersama Sambutan Maulidur Rasul pada tarikh sama iaitu pada 16 September. 

“Kabinet Negeri bagaimanapun memutuskan tiada penggantian cuti umum pada hari berikutnya bagi sektor awam,” katanya.

Beliau bagaimanpun berkata, cuti bagi sektor swasta adalah berdasarkan budi bicara majikan sama ada memberi cuti kepada pekerja pada Selasa bersamaan 17 September atau sebaliknya.

TAMAT

Exit mobile version