Site icon Sabah Baru News

Hajiji melawat kilang BTC

MOU:Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan pertukaran Surat Niat (Letter of intent (Loi)) yang melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor melakukan simbolik pecah tanah Kilang Memproses Makanan dan Roti Baharu Syarikat Kumpulan BTC Berhad masa melawat kilang itu di Bangunan Darul BTC , Jalan Tuaran Bypass, Inanam pada Sabtu.

Beliau turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kumpulan BTC dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk program perindustrian desa kepada golongan miskin tegar dan Surat Niat (LoI) melibatkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

LoI antara BTC dan UMS melibatkan Fakulti Sains Makanan dan Sains Pemakanan sebagai rakan strategik membantu dalam pembangunan dan penyelidikan untuk menambah baik kualiti produk selain memberi peluang dan ruang kepada siswazah menjalani latihan praktikal. 

MESRA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga kiri) beramah mesra dengan pekerja kilang memproses makanan dan roti BTC semasa lawatan kilang itu di Bangunan Darul BTC, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Manakala LoI bersama ABM pula, entiti itu akan membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada BTC selain mengilap kebolehan kakitangan sedia ada.

Hajiji yang diiringi oleh Pengarah Urusan Kumpulan BTC Berhad, Datuk Abdul Kadir M.E.Sikkandar dibawa melawat kilang itu dan beramah mesra dengan pekerjanya.

— TAMAT

Exit mobile version