Site icon Sabah Baru News

Kemenangan mutlak membuktikan kedaulatan Sabah: Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

KOTA KINABALU: Kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda dengan keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu adalah berita baik untuk Sabah dan negara ini keseluruhannya.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Mahkamah Agung Belanda telah memutuskan memihak kepada Malaysia sekali gus menamatkan tuntutan yang tidak pernah diiktiraf oleh Sabah sejak dari awal.

Hajiji menegaskan bahawa kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak seharusnya diragui dan dicabar oleh sesiapa pun.

Hajiji berkata demikian sebagai maklum balas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, bahawa keputusan Mahkamah Agung Belanda telah menutup episod percubaan pihak penuntut untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah terhadap Malaysia.

— TAMAT

Exit mobile version