GERAN khas atau pemberian khas yang diberikan sejak tahun 1969 berjumlah RM26.7juta, tahun depan menjadi RM600, sekali ganda berbanding bayaran tahun ini.
Sebelum ini, iaitu pada tahun 2022 untuk pertama kalinya geran khas tersebut dibayar 4.7 kali ganda kepada RM125.6juta, walaupun pada tahun 2020, bayaran yang dipersetujui kerajaan parti Warisan adalah RM53.4juta.
Perningkatan amaun tersebut berlaku apabila kerajaan Warisan tumbang, dan kerajaan baharu yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak bersetuju dengan bayaran yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum itu.
Walaupun pada tahun 2022 dipersetujui amaun RM125.6juta akan tetapi berbentuk bayaran interim, kerana yang dituntut adalah 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah.
Apabila kerajaan baharu mengambil alih kerajaan Persekutuan amaun dinaikan kepada RM300juta untuk tahun 2024.
Amaun RM600juta masih berbentuk bayaran interim, apabila formula pengiraan 40 peratus dimuktamadkan, maka satu amaun baharu digunakan untuk menggantikan bayaran interim tersebut.
Pihak pembangkang terutama pemimpin Parti Warisan yang gemar sangat menggunakan istilah kerajaan GRS-PH Plus gagal dalam rundingan, telah tiba masanya mengakui komitmen kerajaan dan kepimpinan Persekutuan menyelesaikan isu tertangguh tersebut sejak tahun 1969. Selain itu, para pemimpin Umno juga kena menerima hakikat apabila ada kesungguhan maka hasil yang diinginkan tercapai.
Menerusi peningkatan bayaran interim mencerminkan bahawa kerajaan negeri dan Perdana Menteri ke-X tidak bertindak serupa bikin, seperti pemimpin sebelum ini, hanya melepaskan batuk di tangga.
Rakyat Sabah kena mengambil iktibar sejak kerajaan Sabah hari ini mengambil alih kerajaan negeri telah banyak pencapaian yang dilakar, walaupun hanya berusia 4 tahun, berbanding kerajaan yang diterajui parti nasional berpenggal-penggal sebelum ini dengan bayaran khas RM26.7juta, bayaran khas itu bukan tidak ditutut oleh pemimpin negeri akan tetapi terpaksa berdiam diri jika ingin selamat daripada kedudukan, malah Ketua Umno Sabah Datuk Bung Moktar Radin mengancam rakyat dengan kenyataan, jika kerajaan Persekutuan menunaikan tuntutan 40 peratus, kerajaan boleh jatuh muflis. Selain itu, Bung menghina pemimpin yang memperjuangkan MA63, sambil berkata, masuk penjara pun tiada hasil juga.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .