Site icon Sabah Baru News

Jentera Wanita PGRS perlu jadi mata, telinga kerajaan : Redonah

KENANGAN:Redonah bergambar kenangan bersama Wanita PGRS bahagian Senallang selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian Wanit PGRS Senallang di Hotel Seafest Semporna kelmarin.

SEMPORNA: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diminta peka dengan apa sahaja isu berbangkit dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata, jentera wanita parti adalah mata dan telinga kepada kerajaan dan sewajar mampu memainkan peranan berkesan dalam menangani masalah rakyat.

Menurut beliau, tanpa maklumat yang jelas sukar bagi kerajaan melalui agensi yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada rakyat.

“Jentera wanita PGRS sangat penting bukan sahaja bekerja untuk parti dalam meraih sokongan untuk menghadapi pilihan raya tetapi juga menjadi mata dan telinga kepada kerajaan.

“Tanpa kerjasama dan sokongan anda, sukar bagi kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk bertindak balas sekali gus menangani isu dan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan Wanita Gagasan Rakyat bahagian Senallang di Hoel Seafest Semporna semalam.

PERARAKAN:Redonah mengetuai perakan konvoi bermotorsikal bersama Wanita PGRS bahagian Senallang di Semporna kelmarin.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Senallang Hainul Asikin Yahya serta perwakilan Wanita Gagasan Rakyat Senallang dan ahli jawatankuasa bahagian PGRS Senallang.

Menurut Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, selain itu, jentera wanita parti mesti bekerja keras dalam memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

Katanya, program dan gerak kerja SMJ perlu dihayati dan difahami oleh semua pihak bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Tanpa pemahaman rakyat sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek yang pastinya bermatlamat bagi mencapai kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita berharap jentera parti yang ada boleh membantu menjayakan hasrat SMJ dengan lebih baik dan mencapai sasaran,” katanya.

— TAMAT

Exit mobile version