Site icon Sabah Baru News

Perpaduan kaum faktor utama pelabur datang ke Malaysia

KETIBAAN: Christina (tengah) bersama Hajiji (kanan) menyambut ketibaan Anwar ketika di majlis itu.

KOTA KINABALU: Perpaduan kaum di Malaysia berjaya menarik pelabur dan pelancong untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi mereka. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, Sabah misalnya, kepelbagaian kaum dan etnik yang hidup harmoni di samping keindahan alam semula jadi telah menjadi elemen utama tarikan pelancong ke negeri ini.

“Pengibaran Jalur Gemilang dalam sambutan Hari Malaysia akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat terhadap perjuangan kemerdekaan.

“Diiringi dengan jati diri yang tinggi, cekal serta perpaduan untuk terus membangunkan Malaysia yang dicintai bersama-sama. 

“Inilah mandat yang perlu kita tunaikan sebagai pewaris daripada perjuang-pejuang kemerdekaan negara kita,” katanya pada Sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata, Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. 

Katanya, penyatuan dalam pembentukan Malaysia bermakna, tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersepakat dalam semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang, budaya dan bangsa untuk sama-sama membangunkan negara dalam era yang bebas daripada penjajah. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta para pemimpin dan tetamu kehormat lain.

— Yap Siong Han
 

Exit mobile version