Site icon Sabah Baru News

Hajiji terima kunjungan KSU baharu KDN

ALBUM: Hajiji (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Awang Alik ketika dalam kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Selasa. 

Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam. 

Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri. 

Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan ke KSU Kementerian Pendidikan (KPM). 

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. 

— TAMAT

Exit mobile version