Site icon Sabah Baru News

Kerjasama GRS-PH Plus, kerjasama menang-menang

Kerjasama GRS-PH Plus mempermudah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kerana pendirian parti-parti dalam kolaborasi tersebut daripada awal mempunyai kecenderungan yang tinggi merealisasikan MA63.

PERKARA utama kelancaran kerjasama GRS-PH Plus kerana masing-masing bersetuju mempertahankan status quo.

Bagi penyandang kerusi Umno yang termasuk dalam PLUS, boleh mempertahankan kerusi masing-masing sebagai calon langsung GRS.

Pakatan Harapan (PH) menjadi parti anak bulan, atas sebab, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan untuk meneruskan kerjasama kelanjutan kerjasama kerajaan GRS-PH Plus.

PH sebagai parti tentu memilih kerjasama dengan parti yang boleh mendapat mandat rakyat. Kerjasama dengan GRS bersifat “straight forward” dan jika ada hasrat menambah kerusi maka terbuka pada kerusi-kerusi parti lain.

Kedudukan hari ini, GRS-PH Plus menyandang 48/73, Parti Warisan 14/73 dan Umno 9/73. KDM 2/73.Kerusi-kerusi GRS-PH Plus jika dipertahankan sudah mencukupi membentuk kerajaan .

Kerjasama GRS-PH Plus mempermudah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kerana pendirian parti-parti dalam kolaborasi tersebut daripada awal mempunyai kecenderungan yang tinggi merealisasikan MA63.

Kedudukan politik Sabah memerlukan kerjasama parti tempatan dan nasional yang sehaluan terutama berkaitan MA63. Tidak timbul isu, bahawa parti tempatan yang bekerjasama dengan parti nasional kerana faktor tunduk dan angguk, kerana kerjasama yang ada cerminan kerjasama menang-menang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

Exit mobile version