Site icon Sabah Baru News

Yakin GRS akan menang besar di Tamparuli: Robert

MESRA: Robert bersalaman dengan sebahagian ahli parti bahagian itu semasa tiba di majlis itu.

TAMPARULI: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diyakini dapat meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Robert Tawik.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, kerjasama antara semua anggota parti gabungan itu nanti sudah pasti akan membuahkan hasil yang cukup bagus.


“Ahli-ahli STAR Bahagian Tamparuli boleh merealisasikan kemenangan ini bila melihat kepada hasil perjuangan selama ini khususnya di kawasan ini yang majoritinya diduduki oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM).


“DUN Tamparuli akan menyumbang kepada satu lagi kerusi untuk GRS pada PRN17 yang bila-bila sahaja akan berlaku,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Program Retreat Kepimpinan STAR Bahagian Tamparuli, baru-baru ini.


Turut hadir Naib Presiden STAR Mohd Lin Harun; Ketua Bahagian Bengkoka Matlin; Ketua Exco Wiranita Sabah Kerry Chee; Ketua Bahagian Tamparuli John Jonitoh dan Timbalan Exco Wiramuda Razzidin Robert serta ahli-ahli parti bahagian.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version