ASAS kerjasama antara parti-parti di Sabah baik tempatan dan nasional dicerminkan oleh kerajaan Sabah hari ini, iaitu KERAJAAN GRS-PH PLUS.
Menerusi kerjasama atau kolaborasi tersebut perkara pokok yang dipersetujui bahawa masing-masing mempertahankan status quo, iaitu kerusi-kerusi yang disandang dipertahankan.
Kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih perlu kerjasama dengan parti nasional berasaskan pada kedudukan kerajaan hari ini, dan kerjasama itu dikekalkan dalam PRN-17 akan datang.
Hajiji sebagai Pengerusi GRS tidak mahu menjadi seperti kacang lupakan kulit, enggan termasuk seperti melepaskan anjing tersepit, sebaliknya, terus bersetia dan saling menghormati.
Tidak berbangkit, GRS tunduk pada parti nasional kerana belum boleh mencontohi GPS Sarawak, kerana menerima hakikat jajaran (setup) politik negeri yang sudah demikian.
Jajaran antara GRS-PH Plus, tidak menidakkan misi GRS, Rumah Kita, Kita Jaga, menerusi SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, kerana menerusi jajajaran atau kerjasama/kolaborasi tersebut, masing-masing parti bermatlamat sama, malah memperluas jangkauan hingga ke peringkat nasional.
Jajaran antara parti-parti saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga menjadi “setup” yang relevan dengan senario politik tanah air pada masa ini.
Pendekatan GRS terutama Gagasan Rakyat salah satu komponen gabungan tersebut menghormati sistem demokrasi dan pilihan rakyat. Jauh berbeza dengan pendekatan Parti Warisan yang mahu menghalau parti nasional, sedangkan hakikatnya politik Sabah pada masa ini, keadaan sedemikian tidak memungkinkan.
Dalam politik nafsu serakah dan keinginan membolot semua, adalah bibit-bibit perpecahan, sebab itu, Ketua Menteri berpandangan adalah sesuatu yang betul dan tepat untuk mengwujudkan kebersatupaduan, dan paling penting yang sudah bersepadu kekalkan dan teruskan, sebagai asas untuk kebersatupaduan menyeluruh yang luas dan berkekalan.
Kita di Sabah, kita-kita juga bah ini, mengapa perlu bergaduh!!!! Itu lah asas dan pendekatan Ketua Menteri untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya menuju kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .