Site icon Sabah Baru News

Tiada aktiviti cari gali minyak di Taman Marin Tun Mustapha, kata menteri Sabah

Christina Liew berkata Jabatan Alam Sekitar mengesahkan tiada laporan penilaian alam sekitar dikemukakan untuk aktiviti cari gali minyak di Taman Marin Tun Mustapha. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiada kelulusan dikeluarkan Taman-Taman Sabah bagi aktiviti cari gali minyak dan gas didakwa berlaku di kawasan Taman Marin Tun Mustapha, terletak di utara negeri itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitarnya Christina Liew berkata sebarang aktiviti dalam kawasan perlindungan diwartakan kerajaan negeri perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Menurutnya, semakan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati tiada sebarang laporan penilaian alam sekitar (EIA) dikemukakan berhubung aktiviti cari gali minyak di taman marin itu.

Sehingga kini, pihak berkuasa bagi Taman Marin Tun Mustapha juga tidak menerima sebarang permohonan atau memberi kelulusan berkaitan aktiviti cari gali minyak dan gas di dalam kawasan taman berkenaan,katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata kementeriannya melalui Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah bertanggungjawab memastikan ekosistem hidupan marin di kawasan perlindungan terpelihara sepenuhnya.

Ia selaras Enakmen Taman-Taman 1984 dan undang-undang negeri berkaitan,katanya menurut Harian Metro.

Taman Marin Tun Mustapha berkeluasan 898,762.76 hektar merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas di utara Sabah diwartakan taman marin di bawah Enakmen Taman-Taman 1984 pada 2016.

Sebelum ini, RimbaWatch menggesa kerajaan Sabah tidak meluluskan sebarang aktiviti penerokaan minyak dan gas di Blok SB-403 yang terletak dalam Taman Marin Tun Mustapha.

SMJ Energy Sdn Bhd milik kerajaan negeri turut menafikan terbabit penerokaan minyak dan gas di taman laut dilindungi di Sabah.

Tegasnya, mereka tiada pegangan ekuiti dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di lokasi cari gali itu dan bukan pihak dalam perjanjian untuk meneroka minyak luar pesisir di utara Sabah meliputi 10,256km persegi.

Sebelum ini, RimbaWatch menggesa kerajaan Sabah tidak meluluskan sebarang aktiviti penerokaan minyak dan gas di Blok SB-403 yang terletak dalam Taman Marin Tun Mustapha.

— TAMAT

Exit mobile version