Site icon Sabah Baru News

Abang Johari dikurniakan Darjah SPDK

TAHNIAH: Juhar (kanan) mengurniakan SPDK kepada Abang Johari (kiri).

KOTA KINABALU:  Premier Sarawak, Tan Sri  Abang Johari Tun Abang Openg mendahului empat individu yang menerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) sempena Ulang Tahun Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Abang Johari bersama-sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew Chin Jin Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) Datuk Kumar Prabakaran menerima darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ itu di Istana Seri Kinabalu, pada Sabtu.

Istiadat Pengurniaan yang disempurnakan oleh Juhar turut diserikan dengan kehadiran isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni itu yang menyaksikan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong Chen Bin  dan  ADUN Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin tersenarai antara penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut menerima PGDK ialah Panglima 5 Briged Kem Lok Kawi, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah, diikuti Ketua Hakim Syarie Datuk Ahadin Arine, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Josie Lai Mei Sing, Setiausaha Sulit Kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Roslie Ibrahim.

Sementara itu, Juhar juga mengurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada enam penerima, antaranya Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedict serta Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Kassim Mansur.

— TAMAT

Exit mobile version