MENURUT Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Azizah Datuk Mohd Dun seramai 18,000 jentera wanita gabungan tersebut telah bersiap sedia menghadapi PRN-17 Sabah.
Jumlah jentera wanita tersebut tersebar di 741 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh 73 DUN yang dipertandingkan.
Pengundi berdaftar yang dianggarkan berjumlah 1.9 juta dengan purata satu PDM 2,500 pengundi, bermakna jentera wanita mengunakan pendekatan 1:10 (seorang jentera mengenalpasti/memastikan 10 pengundi).
Menerusi pendekatan ini, sudah tentu memudahkan parti mengenalpasti kawasan-kawasan putih, kelabu dan hitam.
Pandangan penulis, menerusi kekuatan jentera seramai 18,000 maka mempermudah semua calon-calon GRS memenangi kawasan-kawasan yang ditandingi, walaupun kadangkala pola pengundian di Sabah sukar diramal, kerana boleh berubah-ubah terutama semasa kempen.
Apa yang mustahak sekarang ini jentera bukan sahaja terus diperkukuh akan tetapi secara terus menerus mendampingi pengundi dibawah kawalan/pemantauan setiap jentera.
Jentera di semua peringkat bermula daripada sekarang tidak lagi boleh lagi mengendurkan momentum melainkan terus bergerak sehingga lah DUN dibubar dan kemuncaknya semasa kempen.
Penulis menguncapkan syabas pada gerakan wanita pimpinan Datuk Seri Panglima Azizah atas keupayaan menyatukan 18,000 jentera wanita.
Wanita mempunyai hasrat setidak-tidaknya 30 peratus calon-calon yang dipilih parti adalah wanita, yang diterjemahkan kepada 21-22 calon daripada 73.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .