KOTA KINABALU: Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah yang baharu, Datuk Seri Rosli Isa melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.
Rosli menggantikan Datuk Makhzan Mahyuddin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa pada 9 September lalu.
Rosli sebelum ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Turut hadir semasa kunjungan hormat ini ialah Timbalan SUP Sabah, Mastina Ibnu Hassan.
— TAMAT