Site icon Sabah Baru News

Jangan percaya dengan berita palsu: George

TINJAU: George (dua kanan) ketika membuat tinjauan ke Pasar Sementara Karamunting.

SANDAKAN: Para penjaja di Pasar Sementara Karamunting yang bertapak di Tanah Merah di sini tidak akan dihalau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, jangan terpengaruh dengan khabar yang tidak benar dan tidak sahih.

“Saya memberikan jaminan bahawa Pasar Karamunting kini dalam proses baik pulih.

“Para penjaja di tempat sementara ini dibenarkan untuk terus berniaga,” katanya.

Beliau meminta para penjaja agar bersabar dan memberikan jaminan akan memantau projek pembaikan Pasar Karamunting dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini, George telah hadir ke Pasar Sementara Karamunting bagi menjelaskan perkara sebenar kepada para penjaja.

Beliau meminta semua penjaja agar tidak percaya dengan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

— Yap Siong Han

Exit mobile version