Site icon Sabah Baru News

Hajiji hoskan makan malam untuk Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi

ALBUM: Hajiji (tengah) bersama para bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi luar negara merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghoskan majlis makan malam bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi luar negara di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia, TYT Muhammatnyyaz Mashalov, Duta Besar United Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, T.Y.T. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Duta Besar Libya ke Malaysia, TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia.

Pesuruhjaya Tinggi yang diraikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, TYT Herman Pule Diamonds dan Pesuruhjaya Tinggi Republic of Maldives ke Malaysia, TYT Dr. Mariyam Shabeena Ahmed serta pengasas Blue Economy/ ZERI (Zero Emissions Research and Initiatives), Prof. Dr. Gunter Pauli.

Mereka berada di Sabah atas jemputan menghadiri Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), esok.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa dan Ketua Penyelaras Sabah Maju Jaya (SMJ) Secretariat, Datuk Haji Datu Rosmadi Datu Sulai.

— TAMAT

Exit mobile version