Site icon Sabah Baru News

Hajiji hadir mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri ke-144

HADIR: Hajiji ketika hadir mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di sini pada Selasa.

Pada mesyuarat itu Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, yang bermula pada Rabu.

HADIR: Hajiji ketika hadir mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Tamat

Exit mobile version