Site icon Sabah Baru News

Hajiji iringi Tun Juhar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, pada Rabu.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang bermula hari ini hingga Khamis.

Pada Selasa Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-144 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya.

— TAMAT

Exit mobile version