Site icon Sabah Baru News

PLAY LINE FRIENDS kembali ke Malaysia dengan pop-up store pertama di Sabah

KOTA KINABALU: Untuk julung kalinya, PLAY LINE FRIENDS hari ini membuka pop-up store pertama di Malaysia Timur, bertempat di Metrojaya, Pusat Beli Belah Suria Sabah, di sini.

PLAY LINE FRIENDS merupakan sebuah kedai berkonsepkan LINE FRIENDS, sebuah jenama karakter global yang mempunyai barisan karakter original seperti BROWN, CONY, SALLY, dan juga BT21.

PLAY LINE FRIENDS telah dicipta sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan globalisasi jenama LINE FRIENDS mereka. 

Berdasarkan populariti dan permintaan yang sentiasa meningkat dari kalangan millennial dan pengguna Generasi Z kepada barisan karakter yang diperkenalkan secara global, LINE FRIENDS berharap untuk membawa barisan karakter kesayangan ramai ini supaya lebih dekat dengan anda.

Kedai PLAY LINE FRIENDS yang pertama telah dibuka pada 9 Oktober 2019, di Insa-dong, Seoul, Korea. 

Seiring dengan kejayaan kedai tersebut, PLAY LINE FRIENDS kemudiannya melancarkan kedai pertama mereka di Asia Tenggara di negara Filipina. Kedai PLAY LINE FRIENDS di Filipina telah berjaya meraih populariti yang cukup memberangsangkan sehingga berjaya membuka kedai PLAY LINE FRIENDS yang kedua di Filipina pada 7 Mac 2020. 

Diikuti dengan pembukaan satu lagi kedai di Singapura pada 29 Oktober 2020 dan kini, PLAY LINE FRIENDS telah kembali ke Malaysia dengan pembukaan pop-up store pertama di Kota Kinabalu, Sabah.

LINE FRIENDS merupakan jenama karakter global yang dilahirkan dari LINE FRIENDS yang pada asalnya digunakan sebagai stiker di dalam aplikasi mesej terkenal LINE yang mempunyai 200 juta pengguna aktif seluruh dunia. 

Kini, mereka telah berjaya menjadi sebuah studio kreatif global yang menawarkan pelbagai kandungan Harta Intelek (IP). Antaranya ialah ‘BT21’ (karakter yang dicipta bersama kumpulan global terkenal BTS), ‘Animation Running Man’ dan ‘ROY6’. LINE FRIENDS juga mengembangkan perniagaan IP mereka dengan berganding bahu bersama syarikat media dan permainan seperti NETFLIX, yang menampilkan siri animasi original LINE FRIENDS, SUPERCELL’S ‘Brawl Stars’ dan NEXON’s ‘KartRider’. 

Selain itu, selari dengan nilai dan falsafah PLAY LINE FRIENDS, mereka juga telah berkolaborasi bersama jenama-jenama terkemuka seperti Bang&Olufsen, Converse, LAMY dan Leical untuk menghasilkan produk karakter premium. 

Sehingga ke hari ini, LINE FRIENDS telah mengendalikan lebih daripada 400 kedai di dalam 15 pasaran di bandar-bandar terkenal seperti New York, LA, Tokyo Seoul dan Shanghai. Sejak menjadi sebuah syarikat bebas pada Januari 2015, LINE FRIENDS terus memenangi hati para Milenial dan Generasi Z diseluruh dunia melalui komunikasi digital interaktif dan pendekatan jenama yang berbeza-beza merentasi pelbagai cara termasuklah platform jualan atas talian mereka.

Pop-up store PLAY LINE FRIENDS menawarkan variasi produk yang comel dan praktikal, sesuai untuk pelbagai keperluan harian. Dengan lebih daripada 400 SKU, kunjungilah kedai kami untuk mengetahui produk baharu di Pop-up store PLAY LINE FRIENDS!

Promosi yang ditawarkan: 

1. Hadiah dengan Pembelian(GWP)

Pembeli akan menerima belon karakter secara percuma dengan setiap pembelian yang bernilai RM300 di dalam kedai ini!

2. Pembelian dengan Pembelian(PWP)

Pelbagai produk akan dapat dibeli secara PWP sepanjang tempoh pop-up store masih dibuka. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan PLAY LINE FRIENDS dan sebarang acara serta promosi akan datang, sila rujuk ke @playlinefriends.sea di Instagram.

PLAY LINE FRIENDS Kota Kinabalu

Lokasi:-

Metrojaya Department Stores

Unit1- 45(Lot28-35)

Suria Sabah Shopping Mall Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Operasi – 10 pagi – 10 malam setiap hari

wartaoriental

Exit mobile version