Site icon Sabah Baru News

Sisi politik gelap Sabah

Penulis upahan yang berselindung di bawah identiti palsu seperti Mawar Channel, iaitu page propaganda politik telah merosakkan landskap politik serta mengancam perpaduan sejati di Sabah.

Posting ucapan tahniah berhubung pelantikan Musa Aman sebagai TYT Sabah yang dikeluarkan oleh FB Mawar Channel kelmarin bukan sahaja palsu tapi jelas berniat jahat. Ianya bertujuan untuk menjejaskan imej Musa Aman disamping menafikan khidmat serta sumbangan besar beliau kepada negeri Sabah.
Jelaslah posting yang dikeluarkan itu adalah atas dorongan rasa benci dan dendam kesumat dengan matlamat untuk membuka ruang untuk merampas kuasa.

Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, rakyat Sabah bukannya bodoh. Perbuatan pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu, memperlihatkan siapa sebenarnya mereka kerana taktik kotor itu mencerminkan sisi gelap politik yang mereka amalkan.

Walaubagaimana pun apa masalahnya jika Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah? Khidmat serta sumbangan besar beliau selama bertahun tahun kepada negeri Sabah, tidak boleh dinafikan. Semasa Musa menerajui Kerajaan, ketika itulah Sabah tengah menikmati pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat.

Mawar Channel merupakan page proaganda politik  yang digunakan untuk sebar fitnah dan berita palsu ke atas mush-musuh politik mereka.

Pembangunan projek projek mega seperti Pan Borneo, Palm Oil Industrial Cluster (POIC), Sabah Oil and Gas terminal, Sabah International Convention Centre, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pembinaan Menara Kinabalu, semuanya berlaku semasa Musa Aman menjadi Ketua Menteri.

Projek projek mega seperti ini tidak terjadi dengan sendirinya atau tiba tiba jatuh dari awan. Ia ada lah hasil inisiatif dan usaha Musa serta hubungan baik dengan Pemimpin Persekutuan pada ketika itu. Ini memudahkan beliau mendapat peruntukan besar bagi melaksanakan projek projek mega berkenaan.
Para Pemimpin selepas Musa Aman merupakan penerima faedah daripada projek projek besar yang beliau bina seterusnya menjana ekonomi, menyediakan peluang peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Musuh-musuh politik Musa Aman menggunakan para pahlawan ‘keyboard’ untuk memadam sumbangan besar beliau kepada negeri Sabah. Mereka meniup trompet pembohongan dan kebencian.
Adakah mereka yang berlagak sebagai Hero ini terlalu bersih?
Adakah mereka telah memberikan sumbangan kepada negeri Sabah dan menemukan solusi atau penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang sedang dihadapi oleh negeri Sabah?

Sebenarnya merekalah yang telah merosakkan landskap politik dan menjerumuskan perpaduan sejati antara kaum di Sabah ke suatu jurang yang belum pernah dialami sebelum ini.
Perbuatan politikus – politikus jahat seperti ini mesti disekat sebelum ianya merebak seperti barah.

*Original Sabahan
*Penulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Sabah Baru News

Exit mobile version