SIFAT kepimpinan Umno-Bn pusat mengatur politik Sabah adalah asas utama kerjasama dengan parti itu tidak relevan lagi dalam senario politik Sabah masa ini.
Kenyataan Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkaitan projek-projek kecil di Ranau di bawah KKDW, misalnya, hanya diluluskan apabila disokong Ketua Bahagian Umno Ranau, bukanya daripada wakil rakyat menunjukkan bahawa mentaliti mengatur politik Sabah tidak mengendur.
Wakil rakyat yang diberi mandat rakyat untuk mengwakili mereka, lebih rendah statusnya berbanding Ketua Bahagian Umno, jelas sekali, pemimpin Umno mahu kekal mengatur politik Sabah.
Sekali lagi, pemimpin Umno mahu menjadikan rakyat Sabah makmal politik pada PRN-17, apabila menjajakan jenama BN-PH tajaan parti itu.
Sangat jelas sehingga ke hari ini, tiada kenyataan atau pengakuan daripada mana-mana pemimpin parti PH Sabah, akan ada kerjasama dengan BN Sabah berdepan dengan PRN-17, yang ada, adalah kenyataan Presiden UPKO agar PH Sabah diberi autonomi menentukan rakan kerjasama.
Di pihak PKR Sabah pula, menafikan bulat-bulat kenyataan Presiden Umno bahawa kerjasama BN-PH telah dimuktamadkan, kerana menurut Ketua Penerangan parti itu tiada rundingan, tiada perjumpaan, tiada mesyuarat apa tah lagi keputusan seumpama itu telah dicapai.
Senario politik Sabah masa ini, walaupun pendirian PH Plus sebelum ini menyokong kerajaan negeri sehingga tamat penggal, akan tetapi keserasian yang telah dibina selama dua tahun dengan GRS mengikat mereka untuk bekerjasama.
Dipihak GRS pula selain menghormati sokongan yang diberikan pada 6 Januari 2023, juga mengambikira kedudukan Kerajaan Perpaduan, yang turut disokong parti itu, mengikat untuk bekerjasama.
Kerjasama GRS-PH Plus, adalah kerjasama “staright Forward” selain model kerjasama kestabilan politik Sabah.
Kestabilan politik, apabila tidak berlaku pertindihan kepentingan termasuk soal-soal agihan kerusi, melainkan adanya sokong menyokong antara pemimpin dan parti mempertahankan kerusi masing-masing.
Selain itu, tiadanya campur tangan mengatur kepimpinan negeri, sebaliknya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negeri, sepertimana keputusan semasa keduta yang gagal pada 6 Januari, 2023, apabila Perdana Menteri berkata, keputusan pemimpin negeri perlu diterima dan dihormati.
Apa yang perlu diambilkira, kerjasama dengan Umno-Bn tidak membawa sebarang kelebihan pada mana-mana parti, atas sebab tiada legasi yang perlu diambilkira daripada parti itu selepas pergantian kepimpinan selepas PRU-14, melainkan kesombongan, kebonggakan, serba tahu, bercakap tidak serupa bikin.
Lagi pun, Umno-Bn telah ditolak rakyat pada PRU-14, puncaknya pada PRU-15, bertambah teruk lagi pada PRN2023 di enam negeri di Semenanjung.
Dalam senario politik Sabah, tiada parti yang berminat bekerjasama dengan parti itu, walaupun Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, secara berhemah menyatakan bahawa GRS terbuka untuk bekerjasama, demi kebaikan rakyat Sabah.
Tindak tanduk pemimpin parti itu terutama ketuanya yang bodoh sombong, arrogant, termasuk mengatakan pemimpin parti GRS sebagai sial, selain mengulang-ulang, orang sungai suka minum darah, menunjukkan keangguhan dan tidak sesuai sebagai pemimpin yang dibawa untuk bekerjasama.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .