Site icon Sabah Baru News

Halatuju Sabah Maju Jaya dan retorik politik Bung Moktar

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah I dan menjawat jawatan Menteri Kerja Raya Sabah (JKR Sabah) setelah gabungan tempatan yang rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 dan secara rasmi dilucutkan jawatan pada Februari 2023 selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinan GRS .

Pelan yang diperkenalkan selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih kerajaan pada tahun 2020 kini menjadi topik hangat dikalangan pemimpin parti politik terutamanya pembangkang yang cuba sedaya upaya menarik sokongan rakyat Sabah.

Kemunduran negeri sejak sekian lama turut dikaitkan dengan pelan Sabah Maju Jaya.Ikut logik Bung Moktar kemunduran Sabah adalah disebabkan kegagalan pelan halatuju Sabah Maju Jaya dan meminta ia ditarik balik.Mungkin Bung lupa Pelan ini baru berusia 3 tahun dan dalam proses pelaksanaan.

Untuk mencapai sesuatu kemajuan tidak ada jalan singkat atau ilmu ajaib untuk berjaya.Ambil pengajaran dari Pepatah terkenal “Kota Rom tidak dibina dalam sehari”.

Sudah tentu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencapai kemajuan yang lebih baik.Rakyat mesti terus bersabar dan menikmati setiap proses yang dilalui untuk menjayakan halatuju Sabah maju Jaya.Ingatlah Rom tidak dibina dalam sehari.

Sebenarnya banyak lagi contoh bagaimana sebuah negara boleh mencapai negara maju.Sebagai contoh Negara Qatar yang merdeka pada tahun 1971 merupakan negara yang ekonominya antara yang termiskin di rantau Arab pada ketika dimerdekakan walaupun punya hasil minyak.Sehingga tahun 1995 keadaan Qatar tidak banyak berubah namun pertukaran tampuk pemerintahan pada tahun 1995 adalah detik bermulanya era kegemilangan Qatar hingga menjadi Negara Kaya pada hari ini.

Apa yang menarik mengenai Qatar adalah cara ia bermula.Sebaik Pemimpin yang mengambil tampuk pemerintahan telah memperkenalkan Halatuju baru untuk Qatar.Bukan mudah untuk Qatar berjaya namun kejayaan yang mereka nikmati sekarang adalah kerana sikap pemimpin dan rakyat yang sama sama berusaha untuk menjayakan halatuju yang diperkenalkan.

Kebangkitan Jepun menjadi kuasa besar Ekonomi dunia juga bukan di capai dalam sekelip mata.Kebangkitan selepas perang dunia kedua juga bermula dari pemimpin dan rakyat Jepun yang mahu pulihkan negara mereka.Memulihkan ekonomi Jepun perlukan 5 fasa atau 25 tahun.Jepun bermula dengan mengubah pemikiran rakyat melalui pendidikan agar mengutamakan halatuju negara mereka.

Di Sabah,Pelan Halatuju Sabah Maju Jaya atau SMJ sering menjadi bahan sindiran kerana kemunduran yang sudah terlalu lama rakyat lalui.Ditambah dengan hasutan pemimpin politik pembangkang,ia menjadikan pelan SMJ melalui proses sukar kerana kestabilan politik adalah asas untuk sebuah negara.

Pelan SMJ mempunyai elemen asas untuk sektor utama untuk fokus pertumbuhan ekonomi,Modal insan dan jaringan infrastruktur.

Adakah ia mudah di capai dalam tempoh yang singkat?Ikut logik pemikiran ia tidak akan dicapai dengan mudah tanpa kerjasama dari semua pihak.

Ringkasnya sesuatu halatuju yang diperkenalkan Kerajaan perlukan sokongan rakyat untuk sama sama menjayakan halatuju tersebut.Pemimpin hanya cetuskan idea untuk kebaikan dan kemajuan Sabah namun jika rakyat Sabah sendiri tidak berusaha bersama kerajaan maka sampai bila bila pun keadaan Sabah tidak akan maju.

*Pejuang Sabah merupakan aktivis politik di media sosial.
**Tulisan ini adalah berdasarkan posting beliau di Facebook dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Sabah Baru News

Exit mobile version