Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap ADUN Merotai, Sarifuddin Hata yang tular menerusi rakaman video, menunjukkan beliau menumbuk bahu ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif.
Tindakan menumbuk bahu seorang ‘WANITA’ dengan sengaja adalah sesuatu yang memalukan, tidak boleh diterima dan tindakan itu bukanlah cara sepatutnya menyapa seorang RAKAN.
Ini bukan cara kita berhubung, malah tindakan ini telah merendahkan maruah seorang wanita dan ianya tidak boleh dimaafkan, lebih-lebih lagi selepas kejadian Sarifuddin tidak bertindak sewajarnya jika menganggap itu hanyalah gurauan.
Berhenti dan mohon maaf atau bertanya akan keadaan Norazlinah, adalah tindakan sepatutnya jika menanggap itu satu gurauan, namun Sarifuddin memilih untuk terus berjalan seperti tidak ada apa yang berlaku. Adakah kelakuan seorang ‘Wakil Rakyat’ seperti ini boleh diterima?
Sedangkan, kita sedia maklum, ADUN Kunak adalah seorang muslimah yang bertubuh badan kecil dan untuk merasakan tumbukan dari seorang lelaki sudah tentu SAKIT.”
Wanita tidak sepatutnya menjadi sasaran kepada tingkah laku seperti ini. Bahkan, menyentuh seseorang tanpa persetujuan boleh mengakibatkan individu itu dikenakan tindakan undang-undang, ditambah dengan sentuhan yang mempunyai Modus Operandi untuk menyakiti fizikal seorang wanita.
Seorang ‘Wakil Rakyat’ pula seharusnya menjadi ‘role model’ dalam mempromosikan nilai-nilai positif seperti kesopanan dan menghormati, orang lain tanpa memandang jantina.
Kenyataan ADUN Merotai selepas tindakannya tular dan mendapat perhatian ramai, seperti ‘Malas mau komen,’Macam tiada-tiadalah’, menunjukkan sifatnya yang tidak bertanggungjawab, tidak menghormati seterusnya mencerminkan sikap seorang ‘Wakil Rakyat’ yang tidak tahu menghormati martabat dan hak asasi manusia.
Jika tindakan ini dinormalisasi, maka ianya boleh membawa kesan dimana kekerasan dapat diterima dalam interkasi sosial dan sikap ini bertentangan dengan prinsip keadilan dan perlindungan terhadap semua lapisan masyarakat khususnya wanita.
Sarifuddin harus dibawa ke muka pengadilan dan jika perlu biarkan beliau tidur di penjara atas perilakunya yang BIADAP terhadap wanita.
Kami tidak akan bertoleransi terhadap keganasan dan penghinaan terhadap wanita dalam bentuk apa pun. Semoga ini menjadi satu pengajaran kepada semua, bahawa kita tidak akan membiarkan tingkah laku sedemikian berleluasa.
*Puan Noraiza Binti Datuk Seri Panglima Hj Mohammad Noor Mansoor merupakan Timbalan Ketua Wanita GRS.
*Beliau juga adalah Ketua Wanita SAPP.