Site icon Sabah Baru News

Indonesia tegaskan Pulau Pasir hak Australia, minta orang asli NTT terima kenyataan

Kementerian Luar Indonesia tegaskan Pulau Pasir atau Pulau Ashmore milik Australia dan tidak pernah termasuk dalam peta negara. – ilhamarch

JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia membuat penegasan untuk menjelaskan tentang pemilikan Pulau Pasir yang menjadi isu berbangkit di wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), lapor laman berita Liputan6 semalam.

Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Asia Pasifik dan Afrika Kementerian Luar, Abdul Kadir Jailani melalui akaun Twitternya mengesahkan bahawa Pulau Pasir adalah hak milik Australia dan tidak pernah dianggap sebahagian daripada Republik Indonesia.

“Pulau Pasir adalah pulau milik Australia berdasarkan wari­san British. Pulau itu dimiliki oleh Britain di bawah Akta Peneri­maan Ashmore dan Cartier 1933 dan telah dimasukkan ke dalam wilayah pentadbiran Negeri Australia Barat pada  tahun 1942.

“Pulau Pasir atau Kepulauan Ashmore dan Cartier tidak pernah termasuk dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

“Menurut undang-undang antarabangsa, wilayah Republik Indonesia terhad kepada wilayah bekas Hindi Belanda. Pulau Pasir tidak pernah termasuk dalam pentadbiran Syarikat Hindia Tiumur Belanda. Oleh itu, Pulau Pasir tidak pernah termasuk dalam wilayah Republik Indonesia,” tegas Abdul Kadir.

Terdahulu, Ketua Yayasan Peduli Timor Barat (YPTB) dan penduduk NTT, Ferdi Tanoni meminta Australia keluar dari Pulau Pasir. 

Ferdi mendakwa, beliau berucap sebagai pemegang mandat hak adat masyarakat pribumi Laut Timor. Beliau juga mengancam untuk membawa perkara itu  ke mahkamah Australia.

“Jika Australia tidak mahu keluar dari gugusan Pulau Pasir, kami akan dipaksa untuk membawa kes mengenai hak orang asli kami ke Mahkamah Komanwel Australia di Canberra,” kata Ferdi. – Agensi

K!ONLINE

Exit mobile version