Site icon Sabah Baru News

PRU15: MUDA pertaruhkan Shahrizal Denci di kerusi Parlimen Kota Marudu

KOTA KINABALU: Ikatan Demokratik Malaysia MUDA mengumumkan Shahrizal Denci sebagai calon parti untuk bertanding di Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Tindakan meletakkan Shahrizal itu bukan satu laluan mudah apabila dia berkemungkinan menentang penyandang Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Turut bersaing di Parlimen itu ADUN Bandau yang juga Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda.

“PRU15 ini MUDA menyahut cabaran untuk berantap dengan antara ahli politik yang paling lama berkhidmat di Parlimen Kota Marudu.

“Kerusi Parlimen Kota Marudu ini orang kata kubu kuat (Datuk Seri) Maximus Ongkili) tetapi MUDA tidak pernah takut kerana MUDA kali ini akan lawan,” katanya pada majlis pengumuman calon MUDA di Kota Kinabalu.

-astroawani

Exit mobile version