Site icon Sabah Baru News

Seperti Biasa Kawasan Majoriti Melayu/Bumiputra Jadi Rebutan

DI Semenanjung, kawasan majoriti kaum melayu, bakal menentukan, parti mana yang bakal menjadi parti dominan.

Walaupun tiga blok parti cuba menjadi juara di kawasan-kawasan tersebut, persaingan ketara antara BN dan PN.

PN misalnya meletakan semua calon melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tiga negeri ini adalah “The heart Land Of Malays”.

Di antara tiga blok parti itu, hanya PN menghandalkan pada kawasan-kawasan melayu untuk menang kerusi, berbeza dengan BN dan PH. 

Jika melihat secara keseluruhan, sementara BN dan PN bersaing neck to neck di kawasan-kawasan melayu, PH pula dilihat lebih selesa di kawasan-kawasan majoriti cina, termasuk di kawasan-kawasan campuran. Di kawasan campuran, hanya BN bersaing neck to neck dengan PH, manakala PN, hanya sebagai parti spoiler.

Di Sabah pula, kawasan majoriti bumiputera menentukan parti mana yang bakal menang sebanyak mungkin kerusi. Walaupun banyaknya parti terlibat, dilihat hanya GRS-BN neck to neck dengan Parti Warisan, sementara di kawasan cina seperti Kota Kinabalu, Sandakan hanya PH dan Warisan neck to neck, sementara di Tawau, persaingan seimbang antara tiga parti tersebut.

Di Sarawak, hanya kawasan-kawasan tradisi PH sahaja yang tidak dimenangi GPS.

Keistimewaan PRU kali ini, tiada lagi isu “experiment” kerana rakyat sudah mengharungi tiga pemerintahan, tiga golongan kepemimpinan. Makna kata, rakyat akan sangat dipengaruhi dengan pengalaman masing-masing untuk mementukan pilihan.

Di antara tiga blok parti, parti mana boleh disandarkan boleh melepaskan rakyat daripada kesengsaran berhadapan dengan kehidupan harian yang sedang melanda mereka, khususnya berkaitan kenaikaan harga barang/inflasi dan kurangnya peluang pekerjaan. Dalam isu-isu ini, rakyat yang rasional, akan bersandarkan keputusan mereka pada PARTI YANG PERLU bukannya PARTI YANG DIINGINKAN, kerana parti yang diinginkan jika TIDAK berkemampuan, masalah yang dihadapi tidak akan dapat ditangani ke arah penyelesaian.

Faktor lain yang bakal menjadi pertimbangan adalah isu integriti dan amanah, terutama yang berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.

Rakyat diyakini memberi respon positif pada Titah Sultan Perak, bahawa Khutbah Jumaat di Negeri Perak wajib dilengkap dengan doa-doa menghalang perbuatan rasuah.

Faktor rasuah dan salahgunakuasa, telah mendorong rakyat bangkit pada PRU-14. Dan kini, kebangkitan rakyat tersebut telahpun mendapat jawapan yang setimpal, dan mereka yang terlibat telahpun ditelan undang-undang, walaupun masih sebahagian daripadanya masih dalam proses.

Rakyat negara ini telah merasakan kebangkitan rakyat pada PRU-14 tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebaliknya digunakan sebagai balas dendam, sehinggakan perkara-perkara sensitif yang berkaitan kaum melayu/bumiputera diselongkar, yang telah menyebabkan kemarahan, bukan sahaja pada rakyat akan tetapi pemimpin melayu/bumiputera, maka bertindak menguburkan kerajaan yang disokong sebelum waktunya.

Para pemimpin yang dikatakan khianat itu, jika diperhalusi adalah wira-wira yang perlu diberikan sanjungan, kerana berani bertindak, sebelum semuanya terlambat, sebelum nasi menjadi bubur.

Tindakan Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali yang membawa keluar 10 ahli parlimen PKR, menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, adalah TINDAKAN betul, untuk menyelamatkan kaum melayu/bumiputera menjadi penumpang di negara sendiri, seperti mana berlaku di Afrika Selatan era apartheid.

Tidak terhina kah pemimpin melayu/bumiputera semasa kerajaan PH 22 bulan, apabila memberi 30 ringgek pada rakyat sangat memerlukan, dan golongan yang diberi itu adalah kaum melayu/bumiputera, yang diiringi dengan kenyataan “boleh lah rakyat membeli keperluan yang diperlukan”.

Kerajaan PH, kerana terlalu ghairah, tersalah baca, tersalah memahami kehendak rakyat, hanya mahu membersihkan negara ini daripada pemimpin rasuah dan tamak haloba, bukannya mahu memusnahkan khzanah yang dimiliki kaum terbesar, seperti Lembaga Tabung Haji, Khzanah Nasional, dan syarikat-syarikat yang berkaitan kaum itu.

Memang benar, pada PRU kali ini, parti yang dikaitkan dengan pemimpin rasuah masih mencuba untuk meminta mandat daripada rakyat, demikian juga parti yang pernah menumbangkannya mencuba untuk mengulangi sokongan yang diberikan, akan tetapi PENGALAMAN rakyat adalah penanda aras utama untuk membuat keputusan, lagi pun RAKYAT kini mempunyai ALTERNATIF, iaitu PERIKATAN NASIONAL, tidak seperti mana pada PRU-14. 

Kesimpulannya, parti mana bakal menjadi dominan/pemenang, akan sepenuhnya ditentukan oleh kaum terbesar negara ini iaitu melayu/bumiputera. 

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah dan Nasional. Tulisan ini merupakan pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version