Site icon Sabah Baru News

PRU-15: Khairy optimis, sambut cabaran besar di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, mengakui cabaran besar menanti dirinya yang bertanding di kawasan itu.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan itu menerusi satu hantaran di Twitter malam ini memaklumkan, akan melakukan yang terbaik dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P107 Sungai Buloh.

“Walaupun cabaran besar, saya akan buat yang terbaik untuk jumpa dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh memberi peluang kepada saya,” katanya.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Rembau itu dikaitkan dengan beberapa kerusi Parlimen iaitu Tampin, Kuala Pilah dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka.

Khairy tidak mempertahankan kerusi Rembau yang disandang sejak 2008 selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, bertanding di kerusi berkenaan.

EDITOR

Exit mobile version