Site icon Sabah Baru News

248 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 248 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 49 kes berbanding kelmarin (199).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan mendadak ini terbit daripada kadar positiviti yang naik kepada 11.78 peratus daripada 9.23 peratus kelmarin.

Katanya, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 92 kes baharu iaitu pertambahan 48 kes. 

“Selain Kota Kinabalu, sembilan lagi daerah turut merekodkan jangkitan dua angka ialah Sandakan 17 kes (+8), Lahad Datu 16 kes (-6), Tuaran 16 kes (-8), Keningau 15 kes (+6), Tawau 15 kes (+4), Papar 13 kes (+1), Putatan 11 kes (+3), Kota Marudu 10 kes (+9)dan Penampang 10 kes (+5). 

“Enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sebanyak 242 daripada 248 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat kes dalam Kategori 4, manakala masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 92 (44)

Sandakan 17 (9)

Lahad Datu 16 (22)

Tuaran 16 (24)

Keningau 15 (9)

Tawau 15 (11)

Papar 13 (12)

Putatan 11 (8)

Kota Marudu 10 (1)

Penampang 10 (5)

Kota Belud 8 (5)

Beluran 4 (2)

Semporna 4 (3)

Kalabakan 3 (0)

Kudat 3 (4)

Sipitang 3 (1)

Kinabatangan 2 (2)

Kuala Penyu 2 (1)

Tambunan 2 (15)

Nabawan 1 (2)

Telupid 1 (0)

Beaufort 0 (12)

Kunak 0 (2)

Pitas 0 (2)

Ranau 0 (1)

Tenom 0 (2)

Tongod 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 01/11/2022)

Kluster Baharu

         Tiada 

wartaoriental

Exit mobile version