Site icon Sabah Baru News

PRU15: Ustaz Kazim akan beri penjelasan dalam masa terdekat

IPOH – Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim akan menerangkan dalam masa terdekat sebab beliau menarik diri bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut sumber, Ustaz Kazim akan membuat pemakluman tersebut sama ada melalui sidang akhbar atau kenyataan dalam masa terdekat.

“Beliau memaklumkan bahawa perkara tersebut akan diterangkan kepada umum dalam masa terdekat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Ustaz Kazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Larut semalam, namun mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir. – KOSMO! ONLINE

Exit mobile version