Site icon Sabah Baru News

Mangsa banjir di Sabah meningkat 1,001 orang

MANGSA banjir dipindahkan ke PPS di Beaufort. FOTO Ihsan APM

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,001 orang daripada 327 keluarga setakat 5 petang tadi, berbanding 923 mangsa daripada 301 keluarga, pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Kunak, Beaufort, Sipitang, Tenom dan Keningau.

Mengikuti laporan kemas ini dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir paling ramai dicatatkan di Tenom membabitkan 426 orang daripada 135 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Diikuti Keningau membabitkan 327 orang daripada 120 keluarga yang ditempatkan di dua PPS dan Sipitang 129 orang daripada 43 keluarga juga ditempatkan dia dua PPS.

Bagi Beaufort seramai 57 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di satu PPS.

Kunak tidak berubah iaitu 62 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di satu PPS. Sementara itu, PPS di Penampang ditutup selepas keadaan banjir yang semakin pulih.

hmetro

Exit mobile version