Site icon Sabah Baru News

Perikatan Nasional penyelamat negara

KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan dan ketegasan Perikatan Nasional dalam melaksanakan tindakan semasa pandemik telah berjaya menyelamat negara termasuk dalam hal ekonomi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ekonomi negara terselamat pada hari ini adalah kerana tindakan berkesan yang diambil kerajaan PN dalam melaksanakan dasar-dasar pengurusan kewangan kerajaan.

“Ekonomi negara kita selamat, tidak runtuh, apa sebabnya? Tidak lain tidak bukan ketegasan kerajaan Perikatan Nasional dahulu untuk menyelamatkan negara kita.

“(Jadi) Macam mana orang boleh kata kita pengkhianat. Kita bukan pengkhianat, kita penyelamat negara kita,” katanya berucap pada majlis pengumuman calon-calon PN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kuala Lumpur malam tadi.

Pada PRU-15 nanti PN akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjelaskan lanjut Muhyiddin berkata, BERSATU bertanding 74 kerusi, PAS (64), Gerakan (20), dan Bersekutu (11).

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) katanya, Pas bertanding di 57 kerusi, Gerakan (14), BERSATU (41) dan Bersekutu (empat).

Berita Bersatu

Exit mobile version