Site icon Sabah Baru News

716 borang penamaan calon terjual di Sabah setakat hari ini

KOTA KINABALU: Sebanyak 716 borang penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terjual di Sabah setakat hari ini, jumlah yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain.

Menurut statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3,036 borang yang telah terjual untuk Parlimen setakat hari yang sama.

Jumlah yang terkecil ialah 24 borang di Negeri Sembilan.

Bagi Dewan Undangan Negeri pula, sebanyak 4,326 borang penamaan telah terjual.

wartaoriental

Exit mobile version