Site icon Sabah Baru News

KM kutuk sebarang kekerasan, kekacauan dalam PRU15

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata beliau mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai terutama penyokong mana-mana parti agar tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini.

Hajiji mengulas mengenai insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi tadi, yang mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) ditolak.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan.

EDITOR

Exit mobile version