Site icon Sabah Baru News

PN mampu menang semua 27 kerusi kritikal

KOTA BHARU– Perikatan Nasional (PN) mampu menang kesemua 27 kerusi kritikal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hal ini kerana semua calon yang ditampilkan itu berpotensi untuk menang.

“Sebelum ini kita ada membuat perbincangan dengan UMNO mengenai kerusi kritikal supaya tiada pertindihan.

“Namun disebabkan oleh sikap UMNO yang berbelah bahagi, kita (PN) membuat keputusan untuk meletakkan semua calon di kawasan tersebut,” katanya selepas diminta mengulas peluang PN untuk menang di semua kerusi kritikal pada PRU15.

Beliau sebelum itu hadir program turun padang di Pasar Peringat di sini pada Ahad.

27 kerusi Parlimen yang dikatakan kawasan kritikal kerana apabila jumlah undi UMNO dan PAS digabungkan berdasarkan keputusan PRU14, ia boleh mengatasi undi yang diperoleh PH.

Kawasan itu ialah Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan.

Berita Bersatu

Exit mobile version