Site icon Sabah Baru News

PRU15 : Lau Chi Keong lawat kampung ketika zaman sekolah

SANDAKAN : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Parlimen Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau, sempat mengimbas kenangan beliau ketika meneruskan program ramah mesra di Kampung Melayu Bumiputera (Sim-Sim), Jambatan 1 hingga 6, disini, hari ini.

Lau, anak jati Sandakan, pernah tinggal di Jambatan 1 yang dikenali sebagai Kampung Pisang di kampung itu lebih 50 tahun lepas semasa beliau masih bersekolah.

Semasa program itu, beliau juga bertemu penduduk termasuk sahabat lama beliau, Kassim Abdullah yang pernah bekerja bersamanya lebih 30 tahun lepas dimana ketika itu Lau dikatakan bertugas sebagai pegawai operasi di Majlis Perbandaran Sandakan.

Seorang lagi penduduk di Jambatan 2 kampung yang sama, Rosni Abdullah, yang mengenali kakak Lau juga turut berbual seketika bersama Lau yang menyapa penduduk itu disini.

Lau juga berkesempatan bertemu beberapa nelayan di kampung berkenaan.

— NICK ABDUL RAHMAN

Exit mobile version