Site icon Sabah Baru News

PRU15: PN akan tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

SHAH ALAM– Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan sekiranya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan suruhanjaya itu bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pegawai perubatan dan kumpulan sokongan.

Menurutnya, ia termasuk perjawatan doktor, kes buli dan kebajikan doktor kontrak serta isu kekurangan doktor pakar.

“Skop bagi suruhanjaya ini agak begitu luas dan pastinya kalau dapat dapat bentuk kita minta supaya suruhanjaya ini meneliti secara mendalam dan bagaimana cadangan yang disebut tadi (perlu) diambil perhatian (nanti).

“Jadi saya berjanji bila mana suruhanjaya telah tertubuh dalam tempoh selepas kita (PN) membentuk kerajaan, satu daripada perkara yang kita boleh beri bagaimana nak jadikan profesion kedoktoran awam ini sebagai jawatan yang tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall selepas Majlis Pelancaran Tawaran PN (PN BEST) di sini pada Ahad.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menegaskan PN berjanji akan meneliti isu doktor kontrak untuk mendapatkan perjawatan tetap dalam perkhidmatan kesihatan awam jika diberi mandat membentuk kerajaan nanti.

Berita Bersatu

Exit mobile version