Site icon Sabah Baru News

Di Sabah Hanya Parlimen Beluran DiTandangi PN

Datuk Dr Ronald Kiandee tiada pilihan, apabila rundingan antara GRS-BN Sabah ‘collapse” sehinggakan BN mengumumkan secara sepihak calon parti bagi kawasan Parlimen Beluran yang disandang oleh Naib Presiden Bersatu tersebut.

Ronald yang pernah menang tanpa bertanding mewakili Umno-Bn pada PRU tahun 2004, dan meneruskan kemenangan itu pada PRU-14, dengan majoriti yang cukup besar bertolak belakang dengan kawasan-kawasan lain yang dikuasai Umno/BN, bukan sahaja kalah akan tetapi dengan majoriti yang menjunam.

Selepas Umno/BN tumbang pada tahun 2018, Ronald keluar daripada parti itu pada Disember 2018, secara berjemaah dengan wakil-wakil rakyat daripada parti itu yang melibatkan juga ADUN-ADUN dan ketua-ketua Bahagian Umno, kecuali Datuk Bung Moktar Radin Parlimen Kinabatangan, dan Tan Sri Musa Aman- ADUN Sungai Sibuga.

Selepas beberapa ketika menjadi MP bebas, pada pertengahan tahun 2019 telah menyertai parti Bersatu, dan selepas itu menyertai kabinet Persekutuan pada Mac 2020 sehingga kini, apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Kerajaan Sabah mempunyai misi yang jelas di peringkat Persekutuan, misi itu dapat diterjemahkan menerusi Ronald, kerana mempunyai pengalaman di Peringkat Persekutuan, kerana pernah menjadi Timbalan Speaker selama dua penggal.

Ada lah merugikan Sabah secara amnya, dan kawasan Beluran secara khasnya, jika pengundi terutama di kawasan Beluran, menolaknya, dengan memilih wakil rakyat yang perlu bermula daripada try and error, daripada bawah, kesannya, cukup besar terhadap misi kerajaan Sabah #SabahFirst.

Penulis tidak menidakkan kerjasama antara GRS-BN,  akan tetapi, demi kepentingan Sabah, untuk Parlimen Beluran perlu dikecualikan daripada “sentimen” kerjasama ini.

Penulis juga percaya, Ronald bertanding tidak mencabar siapa-siapa, tidak menentang siapa-siapa, akan tetapi hanya bertekad mewakili rakyat untuk satu misi, yang perlu dicapai dan direalisasi, salah satu kaedahnya, menerusi wakil rakyat atau pemimpin yang mengetahui pentadbiran atau pemerintahan Persekutuan.

Pengalaman Ronald sukar ditandingi siapa-siapa, bagi penulis, pengalaman tersebut tidak wajar disia-siakan, apatah lagi dinafikan hanya kerana kepentingan politik partisan.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah dan Nasional. Tulisan ini merupakan pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version