Site icon Sabah Baru News

LDP berkempen penuh untuk calon GRS Parlimen Batu Sapi

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) kini berkempen secara penuh untuk calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan.


LDP Bahagian Karamunting, Sekong, Sungai Sibuga dan Tanjong Papat telah mengaktifkan jentera pilihan raya sepenuhnya untuk memberikan sokongan kepada Khairul.


Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Kordinasi Pilihan Raya Umum Ke-15 LDP Datuk Chin Shu Ying dan Ketua Pegawai Penerangan Simon Chin turut tiba di Sandakan pada Khamis untuk bertemu dengan calon GRS serta para ahli LDP dibawah penyelarasan Naib Presiden LDP Robert Chong.


Chin dalam pada itu menyeru semua ahlinya di Batu Sapi untuk mengundi Khairul dan menyokong kempen pilihan raya itu.
 
Hadir sama ialah Robert yang juga Pengerusi LDP Tanjong Papat, Pengerusi LDP Karamunting merangkap Ahli Majlis Tertinggi Wong Chung On, Pengerusi LDP Sekong Liow Ket Hiung, serta Pengerusi LDP Sungai Sibua merangkap Ahli Majlis Tertinggi Lam Jin Dak bersama pemimpin pemuda dan pergerakan wanita LDP.

Yap Siong Han

Exit mobile version