Site icon Sabah Baru News

Dr Jeffrey adakan ‘Walkabout’ di Tamu Apin-Apin

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik turun padang membantu calon Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga penyandang kerusi Parlimen Keningau sedang menemui masyarakat sempena program ‘Walkabout’ di Tamu Apin-Apin.


Robert dan Dr Jeffrey bukan sahaja beramah mesra dengan sebahagian pengunjung di tamu itu, tetapi juga turut menemui para peniaga di tamu tersebut.


Disamping itu juga, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut berkesempatan menitipkan pesan kepada masyarakat supaya mengajak anak-anak muda Undi18 supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih menjelang hari pengundian nanti.


Katanya, ianya penting bagi memastikan kerajaan yang dibentuk nanti dapat memperjuangkan aspirasi rakyat sekaligus menjamin kestabilan politik yang akhirnya dapat memudahkan kerjasama diantara persekutuan dan negeri ke arah masa depan yang lebih baik.


Sempena ‘Walkabout’ di Tamu Apin-Apin itu, Robert dan Dr Jeffrey turut disertai oleh pimpinan-pimpinan dari parti komponen GRS-BN serta rombongan Pemuda GRS Keningau, dalam mendekati dan menyantuni para pengundi.

Kenneddy Corlleus

Exit mobile version